Karnival Maher Zain - 24/25/26/27 Februari 2011 PDF Print E-mail

karnival MZ

 
Belasungkawa : Muallim Khairul Anuar PDF Print E-mail
Tuesday, 25 January 2011 03:49

Salam sahabat2 sekalian,

Kita baru sahaja mendapat khabar duka bahawa seorang insan yang sangat berjasa
pada IPH, Muallim Khairul Anuar a.k.a Mudir/PE telah kembali ke rahmatullah
sekitar 10.45 pagi tadi.

Sesiapa yang mengenali al-marhum, rasanya tiada seseorang yang sanggup berkorban
seperti beliau meninggalkan segala kesenangan duniawi untuk bersama-sama dgn
IPH. Bagi generasi awal, kami sgt maklum keadaan beliau. Satu contoh, beliau
sanggup tinggal di belakang bangunan sekolah yang sempit (bangunan tu pun dah
xde!) untuk bersama-sama pelajar asrama. Rasanya tak terkira jasa beliau kepada
kita.

Oleh itu, ana menyeru kepada semua, terutama generasi2 awal utk kita sama2
sedekah al-fatihah, menghulurkan sedikit sumbangan kewangan untuk meringankan
beban keluarga al-marhum dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Imran MK,
Presiden ALIPH

* sebak terasa menekan di dada, segala memori terbayang-bayang..Allah..

Last Updated on Tuesday, 25 January 2011 03:59
 
New Birth Hidayah (3) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 21 October 2010 03:09

Assalamualaikum

Mengumumkan berita kelahiran mujahidah kedua (anak ke 3) bg pasangan Hidayah bt Ahmad Azam (batch 3 kot? eh ke 4?) dan Mohd Khoushaini Mohd Naim.

Nama baby : ........?
Masa : 7.22 malam
Tarikh : 20.10.2010
Tempat :Putra Specialist Hospital Melaka

Keadaan ibu dan anak sihat Alhamdulillah.

-Ahmad Salleh

 
Perkongsian bicara buku bersama Puan Wardina Safiyyah Fullxadd di MPH Mid Valley PDF Print E-mail
Written by Zamri Mohamad @ BACA@LRT   
Sunday, 06 June 2010 10:27
Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan yang dihormati dan dirahmati Allah,

Saya doakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan dan diberikan kebaikan mendadak dalam apa jua urusan yang dilakukan.

Tuan dan Cik Puan yang sentiasa meletakkan semangat perubahan melalui Baca@LRT,

Seperti biasa, gerakan membaca di tempat awam Baca@LRT turut membaca semasa menunggu pengangkutan awam seperti LRT dan Komuter. 

Kami dalam perjalanan ke majlis buku Mama Saya Lapar dan Siapa Alien, tulisan seorang selebriti yang juga pembaca.

Tiba di majlis buku yang juga hos Malaysia Hari Ini TV3, Puan Wardina Safiyyah, kami mendapat nilai tambah apabila hadir ke program ini.

Enam perkara kami di Baca@LRT belajar daripada Puan Wardina Safiyyah.

Pertama

Selepas rakan-rakan penyokong Baca@LRT mendengar bicara buku Puan WarDina Safiyyah Fullxadd di MPH Mid Valley, barulah kami faham seni membaca buku cerita kepada kanak-kanak di rumah dan amalan pemakanan kanak-kanak serta kesan kartun televisyen yang merencatkan imaginasi juga punca kanak-kanak sukar membaca.

Kedua

Sebelum program sempat bertanya, "Mengapa hasilkan dua buah buku dengan dua penerbit yang berbeza dan dilancarkan pada masa sama." Alaf dan Telaga Biru menerbitkan buku beliau dalam genre berbeza.

Keadaan sesak sepanjang sesi bersama Puan Wardina Safiyyah melibatkan pengunjung MPH. Waktu ini Puan Wardina menyampaikan mesej memandaikan bangsa, "Mengapa saya menulis buku dalam bahasa Melayu."

Kurangnya buku dalam bahasa Melayu yang bermoral dan mempunyai nilai pendidikan tinggi menjadikan beliau berkarya.

Ketiga

Buku Mama Saya Lapar diterbitkan oleh Alaf merupakan buku panduan kepada ibu bapa bagaimana memilih pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak.

Puan Wardina memberi pandangan, amalan memberikan pil vitamin dan suplemen tambahan kepada kanak-kanak selain daripada yang bersifat organik memberi kesan kepada pertumbuhan. Ini berdasarkan kajian klinikal yang dilakukan.

Keempat

Puan Wardina berkata, rancangan animasi dan kartun di televisyen terbukti merencatkan imaginasi kanak-kanak. Kajian di Amerika mendapati babak animasi berubah cepat dalam tempoh dua saat. Ini menekan kanak-kanak dari aspek imaginasi yang baru berkembang.
Last Updated on Sunday, 06 June 2010 10:32
 
New Birth - Imran (4) & Sarah (4) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 29 August 2010 00:00
Salam
 
Untuk makluman, Pasangan 'Imran Jamalullail (Batch 4) & Sarah seth (batch 4) telah menerima cahaya mata ke-2 pada 5.45pm semalam. Baby girl 3.9kg @ hospital serdang. 
 
terima kasih.
 
ARMK 

 
Nilai sebuah agenda PDF Print E-mail
Written by Muawwidz Al-Ansori   
Sunday, 06 June 2010 09:57


assalamualaikum wrh wbt

sedang limpahan manusia bersorak menyatakan kebencian kpd yahudi laknatullahi aleyhim
ke atas peristiwa 19orang syahid 50orang cedera dalam misi keamanan dan bantuan ke bumi gaza

berapakah ramai pula yang sedang "lena dan asyik" dengan kehalusan habuan dunia dan buta hati untuk melihat hakikat susun atur kehidupannya..??


* * * * * * * 

hidup tanpa "ISLAM sebagai agenda" mengheret kita untuk hidup dalam "agenda sebaliknya"..
*peringatan :artikel ini saya kongsikan buat mereka yang sayangkan AGAMANYA lebih daripada dunia dan seisinya~
Last Updated on Sunday, 06 June 2010 10:01