|
Sekarang umur Hira' dah memasuki 25 tahun. kalau ikutkan umur manusia, dah boleh nikah dah ni.. sebagai 'bekas sekolah Hira', ana bangga, ana pernah dididik di sekolah Hira' walaupun hanya 6 tahun. paling membanggakan ana, usia hira' sama dengan usia ana..antum bagaimana?? tak cukup dengan hanya sekadar berbangga. tiada salahnya jika kita sama-sama menyumbang tenaga untuk sambutan jubli perak 25 tahun Hira'.. apa yang perlu kita sama-sama lakukan??? Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi slot2 sambutan sepanjang tahun 2010. Antaranya: - Karnival - sekurang-kurangnya 3 karnival telah dirancang - macam2 ada dalam karnival
- Dinner (Makan malam)
- Majlis perasmian surau dan pecah tanah
- dan bermacam-macam lagi..
Apa tugasan kita?? (ALIPH)
ALIPH ditugaskan untuk menganjurkan KARNIVAL AGM iaitu AGM serentak bagi BARAKAH, PIBG dan ALIPH dan kemuncaknya diakhiri dengan Makan Malam. Apa objektifnya?! Banyaaak...ini dia: - Mengumpulkan ahli2 IPH
- Mengenang & mengimbau jasa2 guru lama yang telah lama berbakti
- Fund Raising
- Penghargaan kepada ahli IPH
- Mengeratkan hubungan antara warga IPH (Ibubapa, Lembaga, Guru2 dan juga Alumni)
Bila tu??
27 March 2010 (Sabtu)
APA PENGISIAN DINNER??
Mmm...apa ye? - Makan malam?...dah tentulah sebab nama pun majlis makan malam
- Persembahan - ALIPH, pelajar2 SRIH, SMIH dan artis jemputan - lagu2 nostalgia?
- Lelongan amal?
- Hadiah penghargaan kepada guru2..
- Cabutan bertuah..
- Revival..gambar2 hingusan lama dan gambar sekarang yang dah berkembang biak?
- Red carpet ala Grammy Award...?
- Instant photography?
- Apa lagi ye??..takpe2..nanti kita fikirkan bersama!!
SIAPA YANG TERLIBAT??
Batch 1, batch 2, batch 3 sampaila batch 15!!
JK2 yang bakal menanti kesukarelawanan anda semua!:
- Publisiti & percetakan
- Penajaan & pemasaran
- Program & protokol
- Grafik & multimedia
- Perhubungan luar
- Hadiah
- Penempatan & makanan
- Keselamatan
- Logistik dan Teknikal
- Persembahan
- dan banyak lagi...
So, tunggu apa lagi? Mari ramai2 kita melibatkan diri dalam event yang bersejarah ini..ruang2 di atas masih terbuka luas untuk menerima sumbangan anda semu..jangan tangguh lagi! Berminat sila daftarkan diri pada Rahim Khalis SU ALIPH 012-3962780 atau boleh reply pada post ini. nota: pada 7 disember telah diadakan meeting pertama sukarelawan dinner 25 tahun hira'. kehadiran tidak memuaskan. tapi jangan bimbang, meeting kedua akan diadakan pada: | Date: | Sunday, December 13, 2009 | | Time: | 9:00pm - 10:30pm | | Location: | Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd., No 23, Tadisma Business Center, Seksyen 13 | | Street: | Jalan Lawan Pedang 13/27 |
Jom pakat-pakat bantu Hira'..!! |