|
Belasungkawa : Muallim Khairul Anuar |
|
|
|
|
Tuesday, 25 January 2011 03:49 |
|
Salam sahabat2 sekalian,
Kita baru sahaja mendapat khabar duka bahawa seorang insan yang sangat berjasa pada IPH, Muallim Khairul Anuar a.k.a Mudir/PE telah kembali ke rahmatullah sekitar 10.45 pagi tadi.
Sesiapa yang mengenali al-marhum, rasanya tiada seseorang yang sanggup berkorban seperti beliau meninggalkan segala kesenangan duniawi untuk bersama-sama dgn IPH. Bagi generasi awal, kami sgt maklum keadaan beliau. Satu contoh, beliau sanggup tinggal di belakang bangunan sekolah yang sempit (bangunan tu pun dah xde!) untuk bersama-sama pelajar asrama. Rasanya tak terkira jasa beliau kepada kita.
Oleh itu, ana menyeru kepada semua, terutama generasi2 awal utk kita sama2 sedekah al-fatihah, menghulurkan sedikit sumbangan kewangan untuk meringankan beban keluarga al-marhum dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
Imran MK, Presiden ALIPH
* sebak terasa menekan di dada, segala memori terbayang-bayang..Allah..
|
|
Last Updated on Tuesday, 25 January 2011 03:59 |