|
AL-AYYUBI dalam bayanganku |
|
|
|
|
Written by Usamah Kamaruzaman
|
|
Thursday, 03 June 2010 09:20 |
|

Dalam kesejukan malam itu.. Aku mendengar.. Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman,Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan islam.. Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal sapa spiderman daripada kisah tokoh2 islam bukan? Cuba kita tanya pada umat islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke.. Sapa dia Salahuddin Al-Ayubbi? Sapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ? Sapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana? Sapa dia Muhammad Al-Fateh? Sapa dia Syeikh Ahmed Deedat? hurm.. Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan Anak kecil mendengar Cerita sang pelipur lara. bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar2 berlaku.. Bila?? Suatu Masa Dulu..... """"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?""" kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa.. Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa? Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam.. Hebatnya Kau Salahuddin.... Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.. Penyabarnya kau Salahuddin.. Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian.. Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah.. Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah.. Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin. Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu .. Asakan Tentera Islam teramat dashat Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah. tiada lagi pertempuran berlaku Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis.. "Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2. " Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi. klik untuk sambung.....
|
|
Last Updated on Thursday, 03 June 2010 09:31 |